Skip to main content

Sukan Lain

Ironman Langkawi: Lim Chee Yong harap ulangi pencapaian lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iron.jpg
Bekas peserta termuda Malaysia di Kejohanan Dunia Ironman 2018 di Kona, Hawaii, Lim Chee Yong, mahu memperbaiki catatan peribadi menjelang Ironman Langkawi yang akan bermula esok.

Sebaik melayakkan diri ke Kona, Chee Yong berharap mampu mengulangi pencapaian lalu, meskipun menyifatkan Ironman Langkawi bukan mudah dan merupakan antara kejohanan paling mencabar di dunia.

"Sejak 2016 saya sudah berlumba di sini dan saya sangat memahiri laluan sekitar Langkawi kerana ini merupakan kampung halaman saya.

Demi memburu slot ke kejohanan dunia, Nur Zakira Zulrilmi berharap tuah sekali lagi memihak kepadanya untuk mewakili negara ke pentas tertinggi dengan menampilkan aksi terbaik di Ironman Langkawi.

"Tahun ini saya banyak fokus kepada larian dan ingin menghabiskan perlumbaan ini," katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video