Skip to main content

Sukan Lain

Ironman Langkawi: Laluan kejuaraan Alamaa penuh berliku

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

siim-erik-alamaa,.jpg
Atlet Estonia, Siim-Erik Alamaa, mempamerkan prestasi luar biasa untuk mengungguli saingan Ironman Langkawi 2025 semalam. 

Selepas mengharungi perlumbaan penuh mencabar meliputi disiplin renang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180km dan larian 42km. Alamaa tiba di garisan penamat dengan catatan 9 jam 8 minit 40 saat untuk diangkat sebagai juara.

Lebih mengagumkan, kejayaan yang tidak disangka itu hadir hanya berbekalkan persiapan singkat dalam tempoh sebulan selepas dia menyertai acara triathlon sama di Tallinn, Estonia, pada Ogos lalu.

Fokusnya sedikit terganggu di penghujung perlumbaan, dia bagaimanapun cukup berpuas hati dengan pencapaian diraih kerana melepasi sasaran diletakkan iaitu berada dalam kelompok 15 teratas.

"Saya menyertai Ironman pertama tahun ini pada Ogos lalu. 

"Persiapan saya berjalan lancar hinggalah pada bulan lalu. 

"Saya berdepan cabaran dalam kehidupan peribadi.




"Sepanjang minggu lalu hinggalah hari perlumbaan, ia amat mencabar (buat saya). 

"Jadi saya ke mari untuk melihat sejauh mana kemampuan sendiri. Saya sanggup terima sekiranya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 hingga 15.

"Memenangi tempat pertama adalah sukar untuk dipercayai.

"Ia akan memakan masa lama untuk saya mempercayainya," katanya. 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video