IRONMAN
Ironman Langkawi 2024: Ini laluan paling mencabar! Fernando Toldi puas muncul juara
Ironman Langkawi 2024 menyaksikan ketangkasan peserta dari Brazil, Fernando Toldi, mengatasi segala dugaan demi memastikan kejuaraan bagi edisi kali ini.
Acara trialtlon itu menampilkan saingan sengit antara 57 atlet profesional dengan hadiah wang tunai terkumpul mencecah RM430,000 untuk direbut.
Dan yang tampil unggul adalah Fernando dari Brazil selepas melepasi garisan penamat dengan catatan masa 8 jam 10 minit 24 saat.
Iklan
Menariknya, Fernando ketinggalan di 3.8 kilometer pertama dalam disiplin renang dengan berada di tempat keenam sebelum mengambil masa empat jam untuk memenuhi kayuhan 180 kilometer.
Dia menghabiskan larian 42.2 kilometer tepat jam 3.50 petang untuk dia dinobat juara Ironman Langkawi 2024 yang dia menyifatkan antara laluan yang paling mencabar dalam kariernya.
"Saya tidak sangka berdepan cabaran seperti beraksi kali ini," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Cuaca yang sangat panas dan saya sentiasa cuba mendapatkan cara untuk memastikan prestasi saya di tahap terbaik di sini."
Di kategori wanita pula, Regan Hollioake dari Australia berjaya muncul terpantas selepas menjadi wanita pertama melepasi garisan penamat dengan catatan masa 9 jam 13 minit 8 saat.
Regan yang beraksi dalam tahun pertamanya sebagai atlet profesional sangat berpuas hati dengan percubaan sulungnya di Ironman Langkawi, sehingga berupaya menghabiskannya sebagai juara.
"Ini merupakan kali pertama saya menyertai saingan di sini. Cuaca sangat panas namun keputusan yang positif diraih adalah sesuatu yang sangat baik."
Must-Watch Video