SUKAN LASAK
Ironman Langkawi 2024: Fokus, jangan putus asa
Sekiranya kita mencari individu 'bukan atlet' yang boleh dijadikan inspirasi dalam sukan, seorang pesara berusia 61 tahun, Tajudin Mustafa adalah orangnya.
Gagal empat kali, dia kembali buat kali kelima di Ironman Malaysia, Langkawi dengan kejayaan menamatkan perlumbaan dalam masa 15 jam 54 minit 23 saat -- sekaligus mencuri perhatian ramai, sekurang-kurangnya media dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.
Tajudin menjelaskan dia mula memasang impian untuk menamatkan saingan Ironman Malaysia sejak
Iklan
"Ini merupakan kejayaan pertama saya setelah empat kali gagal melakukannya. Tahun ini saya dapat menebus kegagalan itu setelah tekad untuk berlatih bersungguh-sungguh serta belajar daripada kegagalant terdahulu.
"Ironman adalah sukan yang lasak. Ia menguji daya ketahanan fizikal dan mental di tahap yang tinggi. Saya memang gemar dengan sukan seperti ini dan setiap kegagalan terdahulu menjadi motivasi untuk memastikan berjaya melakukannya.
"Rakan-rakan yang berjaya menamatkan saingan antara yang mendorong saya untuk terus berusaha dan akhirnya berjaya melakukannya kali ini.
Berkongsikan pernah menyertai kejohanan bina badan Mr Johor, "Saya juga sentiasa menjalani latihan di gimnasium kerana walaupun menyertai acara maraton, saya tetap mahukan tubuh badan yang memiliki otot. Kemudian apabila saya memperlahankan penampilan dalam acara ini, saya mengambil bahagian dalam kejohanan bina badan sehingga berjaya menamatkan saingan di tempat keempat."
Tajudin turut berkongsikan kata-kata semangat buat mereka yang mahu mencapai sasaran, dia berkata, "Kalau kita nak berjaya, kita perlu fokus untuk mencapai sasaran. Jangan pernah menganggap usia sebagai penghalang untuk patah semangat. Berlatih bersungguh-sungguh dan mendapatkan panduan untuk mendapatkan cara latihan yang tepat."
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/10-oct/23/trihulk.jpg)
Must-Watch Video