Skip to main content

Sukan Lain

Ironman Desaru Coast: Umpama festival sambut peserta 45 buah negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ironman-desaru-coast.jpg
Selain Ironman 70.3, Pesta Multisport di Desaru Coast, Johor, turut melabuhkan tirainya semalam dengan penuh kemeriahan.

Bukan sekadar perlumbaan sahaja, penganjuran kali ini menjadi pusat tumpuan pengunjung serta platform penyatuan atlet triathlon pelbagai lapisan masyarakat dari 45 buah negara.

Salah seorang pengunjung dari Australia, Shane Radbone, menganggap kunjungan pertamanya menjadi lebih bermakna selepas anaknya muncul juara keseluruhan perlumbaan.




Malah, peserta triathlon tempatan mengakui perlumbaan sejauh 113 kilometer ini mampu membuka peluang buat atlet bersaing di peringkat antarabangsa.

"Ini kali ketiga penyertaan saya dalam Ironman Desaru Coast. Tahun ini laluan renang dan berbasikal sama, sementara larian lebih landai. 

"Kemudahan dalam edisi ini sempurna termasuk daripada segi marshall," kata peserta terpantas negara, Rabani Hashim. 

Tambah seorang lagi peserta, Ahmad Bukhari Anuar: "Suasana edisi tahun ini lebih meriah terutama di perkampungan sukan dan di garisan penamat. Ia bagaikan festival."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video