Skip to main content

Sukan Lain

Ironman Desaru Coast: Trek berbasikal nilai tambah buat peserta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

desaru-ironman-desaru-coast.jpg
Desaru Coast kini antara lokasi paling disebut-sebut dalam kalendar Ironman Asia sejak edisi sulungnya pada 2022.

Menjelang saingan Ironman 70.3 yang akan bermula esok, perhatian atlet triathlon dari seluruh dunia sekali lagi tertumpu dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa ini.

Menurut Pengarah Ironman Rantau Asia, CG Lim, edisi kali ini lebih menarik dengan penambahbaikan dalam  aspek teknikal kejohanan, sekali gus mengekalkan reputasi Desaru sebagai salah satu lokasi terbaik berbanding sembilan venue lain di seluruh Asia pada tahun ini.

"Dengan bantuan pihak polis, kenderaan di atas jalan raya juga berkurangan. 

"Dengan penambaikan ini, keselesaan mereka untuk kembali bersaing lagi baik. 



"Haraplah lepas ini mereka boleh undi kami sebagai trek berbasikal terbaik di dunia," katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Desaru Coast, Izrin Hashim, memaklumkan segala kemudahan sudah pun tersedia untuk digunakan atlet.

"Kami mempunyai kemudahan yang sudah dibina sejak mula lagi. 

"Tetapi tahun lalu kawasan River Site ini belum boleh digunakan lagi tetapi kali ini kami dapat jalankan acara ini dengan lebih meriah. 

"Banyak lagi perancangan untuk penambahbaikan pada tahun-tahun berikutnya," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video