Skip to main content

Sukan Lain

Ironman Desaru Coast: Shahrom Abdullah sasar momentum seperti zaman muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahrom-desaru-ironman.jpg
Ironman Desaru Coast kembali lagi tahun ini dengan penyertaan atlet dari 45 negara bagi kategori Ironman 70.3.

Ramai peserta yang terlibat lebih-lebih lagi tahun lalu yang menyaksikan laluan berbasikal Desaru Coast Johor diundi menjadi ketiga terbaik Asia menerusi Asia Athletes Choice Awards. 

Acara Ironman 70.3 ini -- bermula seawal jam 7 pagi esok  -- akan melibatkan lebih 1000 peserta lelaki dan wanita termasuk atlet terpantas negara edisi 2024 dengan catatan masa 4 jam 54 minit 49 saat, Shahrom Abdullah.

Walaupun persiapan edisi kali ini sedikit mencabar berikutan faktor usia dan mudah keletihan, Shahrom tampak yakin dia mampu menamatkan perlumbaan. 

"Saya sudah bersedia tapi harapan saya segala persiapan membolehkan saya menghabiskan larian dengan sempurna. 





"Saya berharap mampu merakamkan catatan sekitar 4 jam 30 minit sebagaimana ketika muda," katanya di Nadi Weekend.  

Lain pula ceritanya buat atlet wanita tempatan berusia 35 tahun, Yen Chia, yang menyifatkan penyertaannya dalam kategori 35 hingga 39 tahun sebagai persediaan menjelang Kejohanan Ironman Dunia di Kona, Hawaii, pada Oktober tahun depan.

"Kalau cuaca baik pada hari esok maka saya berpeluang memberikan saingan terbaik," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video