Pendayung kebangsaan, Muhammad Rabani Hashim, tidak menduga untuk muncul wakil Malaysia terpantas dalam cabaran Ironman 70.3 di Desaru Coast, Johor, hari ini.
Dengan catatan masa rasmi 4 jam 57 minit 19 saat, kekangan latihan tidak mematahkan semangat Rabani untuk membuktikan bahawa dia hadir bukan sekadar melengkapkan penyertaan.
Petugas di Majlis Sukan Terengganu itu -- yang pernah beraksi dalam Sukan SEA Singapura - turut melakar rekod peribadi terbaik.
Rabani berharap dia mampu mengekalkan prestasinya dalam kejohanan triathlon akan datang -- matlamat utama pastinya terarah kepada kejohanan Ironman Dunia di Hawaii pada Oktober tahun ini.
"Ini kali pertama saya muncul sebagai pelari Malaysia terpantas.
"Saya agak terkejut sebab saya sasarkan tempat kedua tapi pencabar utama pula menghadapi masalah teknikal.
"Kalau ikutkan saya berlatih secara sampingan sahaja.
"Latihan saya kadangkala selepas subuh atau selepas waktu bekerja," katanya.