Skip to main content

Sukan Lain

Ironman Desaru Coast: Kecederaan bukan penghalang Choo Ling Er lakar hatrik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

choo-ling-er.jpg
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba buat atlet triathlon dari 45 negara yang berjuang dalam saingan Ironman 70.3 di Desaru Coast, Johor, hari ini. 

Dan edisi kali ini menobatkan gelaran juara kepada peserta dari Australia, Jed Radbone, yang tidak menyangka mampu menjadi paling pantas secara keseluruhan dalam penyertaan pertamanya.

Radbone mencatat 4 jam 13 minit 2 saat selepas melengkapkan renangan 1.9km, kayuhan 90km dan larian sejauh 21.1km.

"Sebelum acara bermula, saya berasa agak risau melihat kepada tahap fizikal peserta lain jadi saya cuma fokus kepada diri sendiri.

"Saya mengerahkan kudrat sedaya upaya dan berhasil menjarakkan diri.




"Saya juga hampir pitam kerana cuaca panas. 

"Saya tidak cukup minum air dan tidak menyedari berada di tempat kedua.

"Saya menderita dan sengsara untuk melintasi garisan penamat,' katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Sementara itu, takhta juara keseluruhan wanita pula sekali lagi dirangkul triathlete Singapura, Choo Ling Er, yang merakam masa 4 jam 55 minit 26 saat.

Kemenangan ini melengkapkan hatrik kejuaraannya selepas turut menjadi wanita terpantas dalam edisi 2023 dan 2024.

Ling Er juga sangat berpuas hati dengan prestasinya apabila berupaya merangkul kejuaraan walaupun kecederaan ligamen lutut yang dialaminya tiga bulan lalu masih belum pulih sepenuhnya.

"Saya tidak menghadapi sebarang kesakitan dan isu kecergasan, empat bulan menjelang Ironman Dunia," katanya. 




 

Advertisement

Must Watch Video