OLAHRAGA
Ironman Desaru Coast: Johor galakkan konsep pelancongan sukan
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah, yang menyifatkan penganjuran Ironman 70.3 Edisi 2025 berlangsung dengan jayanya apabila lebih 900 atlet dari 45 negara berjaya menamatkan perlumbaan.
Laluan perlumbaan yang menarik dan mencabar diharap mampu menjadikan Desaru Coast antara lokasi pilihan peserta triathlon dari seluruh dunia untuk tahun-tahun berikutnya.
Pihaknya juga akan menilai pelbagai elemen yang perlu ditambah baik, khususnya melibatkan sinergi penganjur bersama atlet dan pengunjung demi menjadikan Johor sebagai salah sebuah pangkalan sukan terkemuka di dunia.
Iklan
"Pelancongan sukan adalah salah satu perkara yang Johor fokus.
"Acara sukan yang menarik minat pelancong ke negeri Johor menjadi salah satu pendapatan untuk Negeri Johor," katanya.
Must-Watch Video