Team 7 Endurance daripada China menoktahkan kemenangan berpasukan Kejohanan Ironman 70.3 Asia Triclub di Desaru Coast bagi kategori antarabangsa sementera RC Coaching Team pula mendominasi bagi kategori tempatan.

Turut mencuri tumpuan ialah kategori individu lelaki berikutan atlet triatlon China, Cao Junyu, dinobatkan sebagai juara apabila menamatkan disiplin renang, berbasikal dan larian keseluruhan sejauh 113 kilometer dalam masa 4 jam 30 minit 31 saat, yang juga merupakan catatan terpantas pernah dilakarnya

Choo Ling Er dari Singapura pula mempertahankan kejuaraan dimenangi edisi lalu dengan catatan masa 4 jam 52 minit 13 saat.




Bagi kategori tempatan, Serena mengungguli kategori wanita dengan catatan 5 jam 31 minit. Menariknya Serena baru kembali aktif selepas berehat agak lama apabila baru melahirkan anak ketiga tahun lalu.

Kategori lelaki pula didominasi Shahrom Abdullah yang tidak dapat sertai edisi lalu kerana berdepan dengan masalah kesihatan.