Skip to main content

Sukan Lain

Irfan Shamsuddin 'Beast' pendam ke Eropah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irfan.jpg
'Saya mahu ke Eropah'

Luahan pemenang pingat gangsa lempar cakera Kejohanan Olahraga Asia 2025, Irfan Shamsuddin, yang kini berada di kemuncak prestasi.

Kejayaan juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Gumi, Korea Selatan itu menambah koleksi pingat peribadi yang sebelum ini sudah berjaya meraih pingat perak edisi 2017 dan gangsa pada 2023.

Di sebalik kedudukan podium atlet berusia 29 tahun itu menzahirkan sisi berbeza apabila terkilan dengan lemparan kurang daripada jarak 60 meter (m) seperti kebiasaan yang dilakukan di Australia awal tahun ini.

Atas dasar itu, Irfan mahu segera ke Eropah untuk melakukan lemparan menghampiri rekod kebangsaan miliknya.

"Saya tidak mahu membazirkan usaha dan pengalaman saya ketika usia 23 dan 24 tahun. 




"Saya meletakkan sasaran pingat emas di peringkat tertinggi Asia. 

"Saya perlu pergi Eropah untuk mencapai impian. Di sana setiap minggu saya boleh sertai pertandingan," katanya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). 

Advertisement

Must Watch Video