Skip to main content

Sukan Lain

Iqbal: EGM dapat selesaikan masalah MPM

iqbal.jpg
Calon naib presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Muhd Iqbal Sulaiman, berpendapat ada pendekatan lebih baik menyelesaikan kemelut dalam badan induk itu berbanding terus menarik diri.

Drama MPM memasuki episod baru apabila dua calon daripada lima yang dikatakan gagal mengemukakan borang pencalonan mengikut tempoh ditetapkan, memilih untuk menarik diri.

Tindakan mengejut itu mungkin boleh dilihat sebagai keputusan yang betul untuk menyelesaikan kemelut badan induk berkenaan secepat mungkin.

Bagaimanapun, calon naib presiden, Iqbal, menegaskan masih terdapat pendekatan yang lebih baik dan mampu memuaskan hati semua persatuan yang terlibat.

"Kongres Luar Biasa (EGM) perlu diadakan untuk mendapat pencalonan yang baru dan ia adalah peluang terbaik untuk mengenali individu yang berwibawa untuk memimpin MPM," katanya.

"Pelan ini dilihat sebagai jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi badan induk itu secara adil."

Iqbal, yang juga presiden Persatuan Tenis Berkerusi Roda, adalah antara lapan calon bagi mengisi lima jawatan naib presiden dalam MPM.

Advertisement

Must Watch Video