OLIMPIK PARIS

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Sukan Olimpik Paris terima penggantian baru

Stadium Astro
Najmi Iman
16/01/2025
02:15 MYT
Sponsor Banner
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Sukan Olimpik Paris terima penggantian baru
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Ekoran kerosakan serta kemerosotan yang ketara itu membuatkan setiap atlet tertanya-tanya dengan kondisi serta mempersoalkan ketulenan pingat itu.
Untuk menangani isu tersebut, IOC telah mengesahkan bahawa mereka akan menggantikan semua pingat yang telah rosak, dan menyiasat apa yang terjadi sebenenarnya.
Dalam satu kenyataan rasmi, organisasi itu mengumumkan: "Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 bekerjasama rapat dengan Monnaie de Paris (Paris Mint), institusi yang bertanggungjawab untuk pembuatan dan kawalan kualiti pingat, untuk menilai sebarang aduan mengenai pingat dan untuk memahami keadaan dan punca sebarang kerosakan.
โ€œPingat yang rosak akan digantikan secara sistematik dengan dan diukir secara teliti.
"Proses penggantian harus dimulakan dalam beberapa minggu akan datang.
Secara keseluruhan, Paris Mint menghasilkan 5,084 pingat untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris, tetapi tidak jelas berapa banyak yang perlu diganti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video