BOLING
Insentif RM90,000 selari dengan usaha atlet boling negara -- Maradona
Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok, menganggap insentif bernilai RM90,000 yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) tepat sebagai penghargaan kepada penat lelah atlet negara yang berjaya meraih emas dalam Kejohanan Piala Dunia Boling 2025.
Selain itu, Ahmad Muaz Fishol yang membarisi pasukan lelaki negara yang berjaya merangkul pingat emas di Hong Kong, berkongsi insentif tersebut akan digunakan bagi membiayai perjalanan menyertai PBA World Series of Bowling, di Amerika Syarikat, bulan depan.
Manakala, Natasha Roslan pula berhasrat menggunakan insentif khas tersebut untuk meluangkan masa bersama keluarga terlebih dahulu sebelum meneruskan fokus pada kejohanan selepas ini.