Skip to main content

Sukan Lain

Inisiatif golf wanita negara bantu tabung diagnostik kanser payudara PPUM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pengerusi-wigc,-datuk-merina-gan.jpg
Women In Golf Charter (WIGC) di bawah naungan Persatuan Golf Malaysian (MGA) melakar satu mercu tanda baru menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama, iaitu kempen amal 'Swing for Pink',

Inisiatif ini menjadi titik penting bagaimana WIGC mengangkat sukan golf sebagai platform untuk perubahan sosial, dengan keberhasilan mengumpul dana bagi tabung diagnostik kanser payudara wanita golongan B40 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pengisian inisiatif ini bukan sahaja terletak kepada aspek pengumpulan dana semata-mata, sebaliknya fokus utamanya adalah penekanan mendalam terhadap pengesanan awal, pemeriksaan berkala dan kesedaran wanita Malaysia tentang kanser payudara. 

"Golf  sering dianggap sukan elit tetapi sebenarnya tidaklah sebegitunya. 

"Pemain dapat bertemu dan meluangkan masa dengan pelbagai bangsa melalui sukan ini. 

"Justeru, mesej-mesej baik ini boleh disampaikan dengan lebih meluas. 

"Program ini bertujuan memberikan penghidap kanser payudara agar dapat menikmati kehidupan baru. 

"Kami bekerjasama dalam membantu PPUM Diagnostic Cancer," kata Pengerusi WIGC, Datuk Merina Gan.
 
Golf

Ayunan Penuh Makna

Golf gear yang buat permainan lebih mantap, seiring dengan semangat bantu komuniti.


Cuba Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video