Skip to main content

Hoki

Ini semua rezeki kahwin -- Penjaring terbanyak Hoki Piala Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'

Peribahasa itu sesuai digunakan merujuk kepada penyerang skuad hoki negara, Akhimullah Anuar Esook, yang muncul selaku penjaring terbanyak Piala Asia 2025 dengan meledak 12 gol.

Meskipun kelincahan dan kualiti penyudah Akhimullah masih belum mampu membawa The Speedy Tigers mara ke final, setidak-tidaknya penyerang berusia 25 tahun itu kembali menemui sentuhan berbisanya.

Akhimullah memikul tanggungjawab besar dalam Piala Asia susulan kecederaan lutut (meniscus) yang melanda penyeran utama, Azrai Aizad Abu Kamal, ketika aksi persahabatan bertemu China dua hari sebelum kejohanan bermula.




Di sebalik perlawanan terpuji, penyerang yang mesra disapa 'Black' itu sedang melalui fasa baharu dalam hidupnya apabila mendirikan rumah tangga bersama pasangan sehidup sematinya.

Jadi tidak hairanlah, Akhimullah mempersembahkan kematangan ketika beraksi bersama The Speedy Tigers.

"Rezeki kahwin.

"Saya rasa semua perlu mengekalkan konsistensi ini dan memperbaiki mana yang patut untuk kejohanan seterusnya.

"Ini adalah pencapaian terbaik saya di peringkat antarabangsa. 

"Ini adalah usaha satu pasukan dan proses untuk belajar. 

"Menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2025 ini, saya harap Malaysia dapat buat yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Advertisement

Must Watch Video