Skip to main content

Sukan Lain

Ini satu kebaikan -- Andy Low

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andy-low.jpg
'Ini satu kebaikan', itu reaksi Setiausaha Agung Malaysia Aquatics (MAS), Andy Low susulan situasi menang tanpa bertanding untuk jawatan tertinggi kepimpinan badan induk itu.

Dalam temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam, Andy mengakui senario itu menunjukkan kematangan dalam kalangan ahli gabungan selain kesepakatan yang kukuh demi kemajuan sukan akuatik negara.

Tidak banyak perubahan untuk kepimpinan baharu MAS susulan Datuk Seri Shahidan Kassim terus mengekalkan jawatannya sebagai presiden bagi penggal 2025-2027, jawatan yang disandangnya sejak 1995.

Ini berikutan tiada pencabar tampil untuk merebut jawatan tertinggi itu daripada Shahidan pada mesyuarat agung tahunan kali ke-56 yang akan berlangsung pada 27 Jun ini selepas pencalonan ditutup 13 Jun lalu.

MAS mengesahkan Shahidan yang mewakili Negeri Perlis serta tiga lagi jawatan tertinggi iaitu timbalan presiden, naib presiden dan penolong setiausaha kehormat turut diumumkan menang tanpa bertanding.

Berdasarkan situasi berkenaan, tumpuan pemilihan kali ini terarah kepada perebutan lima jawatan ahli jawatankuasa yang membabitkan enam pencalonan.

Pelantikan kepimpinan MAS dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju pembangunan sukan berkenaan menjelang Sukan SEA KL 2027 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Advertisement

Must Watch Video