Skip to main content

Sukan Lain

Info siaran langsung, live streaming Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC)

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

info-siaran-langsung.jpg
Peninju profesional negara, Farkhan Haron, akan tampil buat kali terakhir dalam 'bout' utama Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Arena Larkin, Johor Bahru malam ini.

Memburu kemenangan terakhir bagi melengkapkan rekod 13 kemenangan bersih sepanjang karier profesionalnya, Farkhan akan berdepan peninju India, Jaskaran Singh, sebelum menggantungkan sarung tanggan tinjunya selepas pertarungan itu.

Dengan tiket acara itu laris terjual sepenuhnya, jangkakan suasana penuh gamat dengan sorakan padu penonton sepanjang acara itu alan.

Jika anda terlepas tiket kejohanan itu, jangan bimbang kerana anda boleh menyaksikannya secara langsung di Astro Arena 2 saluran 802 bermula jam 8.00 malam ini.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.
 

Advertisement

Must Watch Video