TERJUN

Impian Nur Dhabitah-Wendy ke Paris berkecai

Shaiful Shamsudin 07/02/2024 | 11:47 MYT
Harapan yang disandarkan kepada Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng untuk menamatkan penantian ke Sukan Olimpik Paris tidak kesampaian.
Kedua-dua penerjun itu gagal menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik dalam final acara terjun 3 meter papan anjal seirama Kejohanan Dunia FINA di Doha, Qatar, sebentar tadi.
Kecederaan Nur Dhabitah jelas memberi kesan yang ketara apabila dia tidak mampu menampilkan terjunan terbaik dengan mengakhiri terjunan pertama dan terjunan kedua di posisi ke-10.
Bagaimanapun, mereka menonjolkan peningkatan dalam terjunan seterusnya untuk melonjakkan di kedudukan keenam.
Namun, momentum tersebut gagal diteruskan apabila tergelincir semula di posisi ke-10 dalam dua terjunan selepas itu untuk mengakhiri aksi di tempat kesembilan dengan 258.30 mata.
Peserta china, chang Yani Chen Yiwen mengumpul 323.43 mata untuk menjuarai acara berkenaan diekori pasangan Autralia dan Great Britain.
#Terjun #Sukan Olimpik Paris
;