SUKAN OLIMPIK
Imbasan Tokyo 2020: Shah Firdaus bangkit penuh terpuji selepas kemalangan ngeri
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, berdepan detik cemas apabila mengalami kemalangan ngeri dalam saringan kedua pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pelumba kelahiran Muar, Johor itu dihimpit oleh pelumba Great Britain, Jack Carlin, sehingga terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan yang dimulakan semula itu.
Bagaimanapun, meskipun disahkan mengalami kecederaan serius di bahagian rusuknya, Shah Firdaus memilih untuk menyertai pusingan repechage bagi merebut tempat ke suku akhir.
Dan dia sekali lagi hampir terjatuh pada pertengahan perlunmbaan itu sehingga suatu ketika berada di kedudukan paling belakang.
Namun, dengan penuh keazaman, Shah Firdaus melakukan henjutan terakhir dalam kesakitan untuk menamatkan saingan itu di tempat kedua di belakang Kwesi Browne (Trinidad and Tobago), sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.
Bersempena Sukan Olimpik Paris 2024 minggu depan, ayuh imbas kembali detik ini dalam video di bawah: