OLIMPIK PARIS

Imbasan Tokyo 2020: Pakaian perarakan kontinjen Malaysia serlah unsur nusantara

Saufi Tahir 22/07/2024 | 07:58 MYT
Pakaian rasmi kontinjen lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 semasa upacara pembukaan temasya itu menampilkan identiti kemelayuan dengan pemakaian baju melayu yang lengkap berserta tanjak.
Manakala, pakaian kontinjen wanita pula mengenakan baju kurung berserta selendang dengan Lee Zii jia dan Goh Liu Ying diberikan tanggungjawab sebagai pembawa bendera jalur gemilang semasa perarakan.
Pakaian itu merupakan hasil rekaan daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Dalam pada itu, tahun ini pula rekaan pakaian perarakan semasa pembukaan akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal negara, Rizman Ruzaini yang akan diperkenalkan pada Rabu ini.
#Tokyo 2020 #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024
;