Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh National Library of Medicine, umur kemuncak prestasi seseorang atlet adalah berbeza daripada segi sukan serta jantina, namun secara tipikalnya adalah dalam lingkungan usia 20 hingga 30 tahun.
Bagaimanapun, norma itu telah berjaya dipecah oleh dua atlet bertaraf bintang daripada sukan bola sepak, Cristiano Ronaldo dan LeBron James yang beraksi dalam liga bola keranjang Amerika Syarikat.
Pada usia 39 tahun, kedua-dua mereka terus mencipta rekod, menghasilkan prestasi yang luar biasa sementara terus bersaing dengan barisan pemain yang jauh lebih muda dan lebih bertenaga.
Jadi apa rahsia di sebalik kemampanan prestasi mereka ini?
1) Nutrisi
Elak minuman buatan, gula dan makanan yang digoreng. Pemakanan yang sihat amat penting buat setiap atlet, terutama buat mereka untuk kekal berada dalam prestasi yang optimum.
2) Rutin latihan
Menjalani latihan bebanan di gim amat penting untuk mengekalkan kualiti fizikal. Mengekalkan kualiti otot mampu memastikan setiap atlet itu terus beraksi seperti pada tahap terbaik.
Latihan beban 'compound' (yang menggunakan beberapa jenis otot dalam satu gerakan seperti deadlift dan squat) dalam bilangan yang tinggi sementara menggunakan berat yang lebih ringan.
3) Proses Pemulihan
Fasa pemulihan merupakan fasa yang amat penting. Ia membantu untuk tahap fizikal kembali berada di tahap yang normal selepas menjalani latihan atau aksi yang memberikan intensiti yang tinggi. Sebagai contoh, mandian ais selepas tamat perlawanan/latihan.
Hyperbaric Oksigen Therapy -- Ia membantu memberikan oksigen tulen pada tekanan tinggi, memaksa lebih banyak oksigen larut dalam plasma darah. Peningkatan oksigen dalam aliran darah membantu untuk meningkatkan tahap pemulihan kepada otot dan organ dalaman, serta untuk pembaikan sel dan mengurangkan keradangan.
Cryotherapy -- Proses Cryotherapy sama seperti kesan terapeutik mandi ais -- mengurangkan keradangan dan kesakitan -- dalam masa yang lebih singkat. Berdiri di dalam ruang di mana nitrogen cecair bergas menyejukkan udara di sekeliling anda serendah -200°F.
Tidur -- Ini merupakan fasa pemulihan yang paling penting. Ia adalah perkara yang penting bagi setiap atlet untuk memiliki jumlah jam tidur yang secukupnya sebelum dan selepas menjalani latihan atau pertandingan.
Mewujudkan persekitaran rumah yang bebas tekanan -- Setiap orang memerlukan zon relaks di rumah: lampu malap, suasana yang selesa, ruang yang tenang untuk berehat. Tetapkan had kepada penggunaan peranti seperti telefon mudah alih semasa masa rehat.
Ammar Hakim
Mon Nov 04 2024