Ikon tenpin boling negara, PS Nathan meninggal dunia
Saufi Tahir
September 23, 2024 12:24 MYT
September 23, 2024 12:24 MYT
Mantan Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Datuk Dr PS Nanthan, meninggal dunia pada usia 90 tahun, semalam.
Pemergian mendiang semestinya akan memberikan kesan mendalam kepada komuniti sukan itu memandangkan dia merupakan tokoh dan ikon yang banyak mencipta kejayaan dalam pembanggunan sukan tenpin boling di Malaysia.
MTBC menerusi akaun rasmi menjelaskan bahawa: "Dr PS Nathan merupakan seorang pemimpin, mentor dan pembimbing luar biasa dalam komuniti sukan boling.
"Kepimpinannya yang penuh wawasan bukan sahaja mengangkat sukan boling Malaysia ke mata dunia tetapi juga telah menginspirasikan masyarakat untuk meraih ilmu daripadanya.
"Sumbangan mendiang dalam sukan ini tidak terhingga sama ada di dalam mahupun luar negara dengan kehilangannya merupakan satu kehilangan besar. but negara.
"Kami mengucapkan takziah buat keluarga mereka. Warisan Datuk Dr. Nathan akan terus kekal dalam hati mereka yang melakar kejayaan berterusan dalam sukan boling di Malaysia."