Skip to main content

Sukan Lain

IJM Allianz DUO Highway Challenge: Catat Malaysia Book of Records lari sambil sorong anak istimewa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ijm-allianz-duo-highway-challenge-norhazim.jpg
Bermacam ragam dalam kemeriahan suasana IJM Allianz DUO Highway Challenge malah ada yang berlari sambil sorong anak.

Sejarah manis buat negara terlakar selepas Norhazim Izzat Md Azman menjadi peserta pertama menamatkan larian sejauh 42km sambil menyorong anak istimewanya.

Pencapaian itu juga sekali gus mencatat namanya dalam Malaysia Book of Records.

Larian yang merangkumi Lebuh Raya NPE dan Besraya Highway itu bukan hanya menguji kekuatan fizikal, malah menjadi simbol kasih sayang dan perjuangan seorang ayah dalam menyampaikan mesej bahawa autism bukan penghalang untuk bermimpi dan menikmati hidup seperti orang lain.

"Berlari sambil menolak kereta sorong memang sangat mencabar, anak pula seberat 18kg.


"Sepanjang larian tadi, saya masih boleh kekalkan tenaga dan rentak larian di jarak 28km. 


"Cabaran daripada mental mula datang selepas 30km dan berehat seketika. 




"Badan mula merasa sengal di seluruh badan," katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IJM Corporation Berhad, Datuk Lee Chun Fai, turut meluahkan keterujaannya menerusi peningkatan luar biasa yang menjadikan peringatan penting bahawa sukan mampu menjadi jambatan untuk menyatukan komuniti, memberi inspirasi dan mengetengahkan suara mereka yang jarang diberi ruang.

"Ini kali pertama maraton penuh ini diadakan. 

"Ia satu pencapaian untuk membuka peluang kepada pelari dan komuniti kurang upaya untuk menyertai larian ini," katanya pula.

 

Advertisement

Must Watch Video