Ia dah lebih daripada cukup sayang -- Kata isteri kepada Latif Romly

Husna Zainudin
September 8, 2024 12:19 MYT
Kilauan pingat perak yang dihadirkan Datuk Abdul Latif Romly dianggap sudah melebihi daripada cukup oleh isteri tercintanya, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi.
"Pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kepada isteri tersayang yang hadir menyokong saya namun saya hanya mampu berikan pingat perak sahaja buat kali ini," ujar Latif ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Karl Nunis usai upacara penyampaian pingat.
Nabila menerusi postingnya di aplikasi Instagram turut meluahkan rasa bangganya kepada Latif atas pencapaian mengharumkan nama Malaysia di temasya paling berprestij di dunia itu.

Amboii amboii amboii kalau tak sweet bukan Latif laaa kan….. Lupakan kisah di kota Paris kerana Los Angeles menjanjikan 1001 kebarangkalian. Keep it up and don’t give up We’re the best so let’s not stop@ASTROARENA #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/sAqEzDWoQw

— karlnunis (@_karlnunis) September 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan kali pertama buat isterinya 'turun padang' untuk menyaksikan Latif beraksi di pentas dunia.
Pasangan dua sejoli itu sah mengikat tali perkahwinan mereka pada tahun yang sama dengan pengiktirafannya sebagai 'Datuk' pada 2022 selepas kejayaan menyumbangkan pingat emas berganda dalam temasya Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2022.
#Olahraga #Lompat jauh #Latif Romly #Paralimpik Paris