"Pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kepada isteri tersayang yang hadir menyokong saya namun saya hanya mampu berikan pingat perak sahaja buat kali ini," ujar Latif ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Karl Nunis usai upacara penyampaian pingat.
Nabila menerusi postingnya di aplikasi Instagram turut meluahkan rasa bangganya kepada Latif atas pencapaian mengharumkan nama Malaysia di temasya paling berprestij di dunia itu.
Amboii amboii amboii kalau tak sweet bukan Latif laaa kan…..
— karlnunis (@_karlnunis) September 8, 2024
Lupakan kisah di kota Paris kerana Los Angeles menjanjikan 1001 kebarangkalian.
Keep it up and don’t give up
We’re the best so let’s not stop@ASTROARENA #KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/sAqEzDWoQw
Ia merupakan kali pertama buat isterinya 'turun padang' untuk menyaksikan Latif beraksi di pentas dunia.
Pasangan dua sejoli itu sah mengikat tali perkahwinan mereka pada tahun yang sama dengan pengiktirafannya sebagai 'Datuk' pada 2022 selepas kejayaan menyumbangkan pingat emas berganda dalam temasya Paralimpik Rio 2016 dan Tokyo 2022.