Skip to main content

Sukan Lain

Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hulkkk.jpg
Legenda gusti dunia, Terry Gene Bollea atau lebih dikenali sebagai Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat komplikasi masalah jantung di Florida, Amerika Syarikat, awal pagi ini.

Jaguh World Wrestling Entertainment (WWE) itu diusung keluar daripada kediamannya sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia di hospital.

 


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), WWE, Vince McMahon, berkongsikan perasaan sebaknya dengan pemergian ikon gusti dunia itu hari ini.

"Hulk Hogan adalah superstar WWE terhebat sepanjang zaman, seseorang yang disayangi dan dikagumi di seluruh dunia. Dia adalah pelopor, penghibur pertama yang beralih daripada menjadi bintang gusti kepada menjadi fenomena.

"Dia memberikan segalanya yang dia ada kepada penonton yang dia Harga, hormati dan disayangi." katanya menerusi laman X.




 

Advertisement

Must Watch Video