Skip to main content

Sukan Lain

HSN 2025 Cetus Gelombang Aktiviti: Pacu kesejahteraan belia, Malaysia aktif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hsn.jpg

Seluruh negara kini bersiap sedia menyambut Hari Sukan Negara (HSN) 2025 yang bakal berlangsung serentak kurang dari seminggu lagi, dengan ribuan aktiviti dijadualkan di setiap negeri bagi membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Acara kemuncak HSN 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Advertisement

Penganjuran di Ipoh dijangka mampu menarik lebih 300,000 penyertaan warga Perak serta 5.2 juta peserta di seluruh negara, merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.



 

HSN yang saban tahun menjadi agenda penting Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini bukan sahaja mengangkat sukan sebagai wadah penyatuan, tetapi turut diselaraskan dengan Indeks Kesejahteraan Belia Malaysia (IKBM) yang menekankan aspek kesihatan fizikal, kesejahteraan mental dan keterlibatan sosial belia.

Tahun ini, penganjuran HSN menggabungkan pelbagai lapisan masyarakat melalui aktiviti merangkumi sukan rakyat, permainan tradisional, aktiviti lasak, kecergasan moden serta sukan komuniti, menjadikan HSN sebagai platform inklusif yang mampu memacu kesejahteraan sosial.

“HSN 2025 bukan sekadar acara sukan, tetapi satu gerakan nasional yang menyatukan rakyat Malaysia ke arah gaya hidup aktif. Ia selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta pengukuhan kesejahteraan belia melalui IKBM,” ujar KP JBSN.

Selain memberi impak positif terhadap tahap kesihatan awam, HSN juga dijangka meningkatkan skor IKBM khususnya dalam dimensi aktiviti riadah, pembangunan modal insan dan penglibatan komuniti, sekaligus mencerminkan keseimbangan hidup belia Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan pengisian aktiviti HSN 2025, orang ramai boleh melayari portal rasmi di www.harisukannegara.my.

Topik Berkaitan

Must Watch Video