Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Jepun sekat hajat anak buah Dhaarma Raj

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-malaysia.jpg
MALAYSIA 1 JEPUN 3

Skuad hoki wanita negara gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Sukan Asia Jakarta-Palembang selepas tewas 1-3 kepada Jepun dalam perlawanan peringkat kumpulan, sebentar tadi. 


Malaysia gagal mara ke separuh akhir setelah menamatkan saingan Kumpulan A di belakang Jepun dan China. 

Skuad bimbingan Dhaarma Raj Abdullah itu berhasil mengikat Jepun tanpa jaringan dalam suku pertama yang menyaksikan dua tolakan Nur Zafirah Aziz dipatahkan lawan sebelum Malaysia dibolosi akibat kelekaan di bahagian pertahanan. 

Mami Karino bijak melolosi kepungan pertahanan untuk menampan masuk jaringan pasukannya. 

Kemudian, giliran Hazuki Nagai menokok gol buat Jepun di sebalik aksi rancak yang dipamerkan kedua-dua pasukan. 

Ketika jaringan Nuramirah Shakirah Zulkilfi mencetuskan kebangkitan 15 minit menuju tiupan wisel terakhir, Jepun sebaliknya kembali garang mengatur gerakan. 

Hazuki Nagai sekali lagi menjadi watak pemusnah apabila merakamkan gol ketiga selepas Jepun diberikan pukulan sudut penalti.

Memerlukan keputusan seri, kekalahan ini menyingkirkan Malaysia dan sebaliknya meluangkan buat China untuk mengiringi Jepun ke separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video