Pahang langkah kanan dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak apabila mengatasi Selangor pada perlawanan Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Pahang yang merupakan semi finalis tahun lalu, membuka tirai jaringan pada minit keenam menerusi penalti stroke yang disudahkan Muhammad Syawal Abdul Razak.
Tersentak dengan jaringan itu, Selangor yang dibimbing ketua jurulatih, S. Sri Sakrunathan, menyamakan kedudukan di suku kedua permainan menerusi gol padang Muhammad Izzat Nurzafri.
Jaringan itu bagaimanapun tidak merencatkan rentak persembahan Pahang yang kembali di depan hasil sentuhan penyudah kapten pasukan yang juga bekas tonggak The Speedy Tigers, Ismail Abu, pada minit ke-48.
Anak buah Mohd Sufian Mohamad menutup aksi cemerlang mereka dengan jaringan ketiga, kali ini giliran Muhammad Noor Firdaus Rosdi yang menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk keputusan muktamad pahang 3 Selangor 1.
Dapatkan Sekarang

Main Macam Juara
Dari kempen kejohanan ke sesi latihan, hoki stick ni teman setia setiap pemain.
Dapatkan Sekarang