Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Tun Abdul Razak: Kualiti Faizal Saari bawa Terengganu pertahan kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Terengganu membuktikan kredibiliti mereka selaku juara Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak edisi lalu apabila menumpaskan seteru Pantai Timur, Pahang 4-2 dalam perlawanan akhir penuh dramatik, sekali gus memastikan takhta tersebut kekal milik mereka.

Gol pembukaan Che Nur Aqilrullah pada suku kedua permainan meletakkan Terengganu di depan sebelum bekas pemain kebangsaan, Faizal Saari, memanfaatkan 'penalti shootout' dimiliki susulan insiden kekasaran yang berlaku menjadikan kedudukan mata 2-0.

Bekas bintang The Speedy Tigers itu terus menjadi duri dalam daging buat pasukan kendalian Mohd Sufian dengan jaringan ketiga serta umpanan daripada tengah padang yang berjaya mencipta peluang untuk Darwisy Hamdan menjaringkan gol seterusnya.

Dua gol sagu hati buat pahang kemudian terhasil menerusi jaringan Muhammad Syawal dan Tengku Nasrul Ikmal di suku ketiga dan keempat permainan bagaimanapun gagal untuk menyekat kemenangan Terengganu.

"Saya sangat tidak menjangka bahawa pemain akan memberikan 100 peratus, dan kami tahu kemampuan pihak lawan.




"Kami sudah melakukan persiapan rapi menghadapi segala rintangan mental da fizikal," kata ketua jurulatih Terengganu, Mohd Hafizi Baharom.

Aksi memukau dalam setiap perlawanan serta kepimpinan yang ditonjolkan cukup untuk mengangkat Faizal Saari selaku pemain terbaik kejohanan selain turut merangkul anugerah penjaring terbanyak dengan 14 gol.

"Ia kenangan manis sebagai pemain.

"Merangkul anugerah penjaring terbanyak ialah bonus untuk saya.

"Saya juga tidak jangka pasukan akan mara sejauh ini," katanya.
 
Snek

Snek Sihat Untuk Semua

Snek Heal’s Protein Puffs ni untuk korang yang suka snek tapi nak kekal sihat.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video