Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Tun Abdul Razak: Faizal Saari pacu kemenangan Terengganu tewaskan PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tar.jpg
Perlawanan Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak menyaksikan penghuni tangga ketiga, Terengganu, tidak berdepan masalah menewaskan PDRM dengan empat jaringan dan tiga daripadanya dihasilkan menerusi bekas penyerang sensasi The Speedy Tigers, Faizal Saari.

Gol pembukaan hadir seawal minit ke-13 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan dengan tenang oleh Faizal. 

PDRM cuba bangkit dengan beberapa serangan balas, namun ketangkasan penjaga gol lawan berjaya menafikan percubaan bahaya mereka.

Terengganu kemudian menggandakan jaringan sekali lagi menerusi Faizal untuk meletakkan kedudukan 3-0 sebelum PDRM meledak satu gol sagu hati menuju ke bilik persalinan. 

Momentum itu diteruskan ke penghujung perlawanan dengan Yadiy Saifuddin menyumbat gol keempat untuk memastikan Terengganu unggul dengan keputusan 4-1. 
 

Advertisement

Must Watch Video