Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Tun Abdul Razak: Bintang The Speedy Tigers ketuai Perlis atasi Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Perlis berhasil mendapatkan tempat ketujuh Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak apabila menewaskan Negeri Sembilan di Bukit Jalil.

Seawal minit kedua, Negeri Sembilan membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Shafiq Sani!

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama kerana kapten Perlis, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, tampil garang menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti!

Bintang The Speedy Tigers itu sekali lagi menjadi wira di suku kedua dengan menyempurnakan satu lagi pukulan sudut penalti untuk meletakkan Perlis di depan 2-1.

Pertarungan semakin hangat apabila Perlis terus mempamerkan dominasi dengan gerakan satu dua antara Muhammad Amirul Azahar dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil membuahkan hasil dalam menambah jaringan menjadi 3-1 hingga tamat suku ketiga!

Negeri Sembilan cuba bangkit menerusi Shahmie Irfan Suhaimi yang merapatkan jurang melalui pukulan sudut penalti, namun kebangkitan itu pantas disekat!

Beberapa saat kemudian, Muhammad Zuhri Hakimi menambah gol keempat buat Perlis, sebelum Mohammad Syafiq Abdullah mengukuhkan kemenangan dengan jaringan kelima!  

"Di Perlis, kami tiada kejohanan besar selain pemain juga tidak ramai. 

"Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak seperti ini mampu memberi pendedahan kepada pemain-pemain ditambah Sukan Malaysia (Sukma).

"Bagaimana hendak kawal emosi dan memerlukan pengalaman pemain senior," katanya di Nadi Arena. 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video