HOKI

Hoki Piala TNB: Azrai Aizad tekad sekat THT juarai treble

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
21/02/2025
11:53 MYT
Sponsor Banner
Hoki Piala TNB: Azrai Aizad tekad sekat THT juarai treble
Pentas akhir Piala TNB sekali lagi bakal menyaksikan pertempuran sengit di antara dua gergasi hoki tanah air di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
Dan bagi penyerang utama TNB, Azrai Aizad Abu Kamal, yang memegang gelaran penjaring terbanyak liga dua kali berturut-turut, memberikan tumpuan utama untuk menyekat impian THT yang kini selangkah dari meraih gelaran 'treble' musim ini.
Tambahnya, rekod peribadi yang menyaksikan bersaing sengit dengan bintang THT, Faisal Saari, perlu diketepikan terlebih dahulu kerana ini adalah medan perjuangan terakhir untuk menebus maruah pasukan.
TNB memastikan kemaraan ke final selepas menidakkan langkah Maybank dengan kesudahan 7-4 menerusi dua jaringan Azrai Aizad.
"Kami tidak mahu lepaskan peluang.
"Kami sudah terlepas dua trofi jadi sekurang-kurangnya kami perlu bawa balik satu trofi.
"Kami saling mengetahui kebolehan masing-masing jadi saya mengharapkan persembahan terbaik daripada kedua-dua pasukan," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video