HOKI
Hoki Piala Sultan Johor: Dua aksi pemanas badan ukur kemampuan skuad remaja
Ketua jurulatih Skuad Projek Khas hoki negara, Muhamad Amin Rahim, tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi buat anak buahnya menjelang aksi Piala Sultan Johor yang akan membuka tirainya di Johor Bahru, Sabtu ini.
Malaysia bakal menurunkan pemain kurang berpengalaman dalam kempen di Stadium Hoki Taman Daya itu selain empat tonggak yang pernah beraksi dalam Piala Dunia Remaja tahun lalu.
Muhammad Amirul Haniff Mamat, Alfarico Lanceliau Jr, Muhammad Syawal Abd Razak dan Muhammad Faris Harizan membantu Malaysia meraih tangga kelapan Piala Dunia Remaja di India 2021.
Iklan
Skuad remaja akan menghadapi dua aksi persahabatan menjelang Piala Sultan Johor iaitu Australia pada esok diikuti Great Britain (GB), sehari kemudian.
"Ini kali pertama pemain-pemain ini akan beraksi di peringkat antarabangsa. Ini penanda aras yang bagus untuk pemain.
"Perlawanan (ujian) pertama ini adalah penanda aras untuk saya tengok persembahan pemain dan apa yang boleh saya lakukan untuk tambah baik ketika berdepan GB, seterusnya dalam Piala Sultan Johor," katanya dalam sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Selepas dua tahun ditunda berikutan penularan COVID-19, Piala Sultan Johor kembali dilangsungkan dengan kali terakhir Malaysia muncul juara dalam edisi 2011.
Must-Watch Video