HOKI

Hoki Piala Razak: Terengganu cari tonggak muda berkaliber

Shaiful Shamsudin 06/11/2021 | 13:10 MYT
13 kekosongan tempat menjadi rebutan pemain remaja dalam pemilihan skuad Terengganu untuk menghadapi Piala Hoki Tun Abdul Razak yang akan ditentukan Isnin ini.
Daripada 22 pemain, lima senior telah pun tersenarai dan pemain yang selebihnya perlu berusaha untuk membuktikan kemampuan mereka menerusi perlawanan persahabatan empat penjuru yang menemukan Kelantan, Perak, dan remaja kebangsaan.
Pengendali Terenggau, K Rajan, mengambil kesempatan dalam sesi pemilihan bagi membuat percaturan terbaik musim ini.
"Saya nak mereka bermain dengan yakin sebab sudah lama tidak terbabit dalam perlawanan kompetitif.
"Ini adalah perlawanan persahabatan ketiga buat kami.
"Saya mahu nilai komitmen dan kemampuan mereka bergandingan di samping pemain senior.
"Kami mahu sekali lagi masuk ke final tetapi kemampuan semua pasukan kali ini adalah lebih kurang sama memandangkan ketiadaan pemain remaja dan senior kebangsaan.
"Saya harap anak buah saya dapat menaikkan tahap permainan mereka," kata Rajan di Nadi Weekend.
#Hoki #Piala Razak
;