Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Tumbangkan Jepun peluang The Speedy Tigers perbaiki ranking dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoc.jpg
Skuad hoki negara jatuh ke ranking ke-15 selepas melakar satu keputusan seri berdepan Pakistan dan satu kali tewas kepada New Zealand dalam Kejohanan Piala Negara-Negara 2025 yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kejatuhan itu susulan Korea Selatan yang menewaskan Wales 3-2 semalam sekali gus mengumpul 26.30 mata untuk melonjak ke kedudukan ke-14 dunia.






Untuk rekod, kejatuhan itu merupakan antara kedudukan terendah kem negara sejak 2008.

Begitupun, skuad kendalian Sarjit Singh berpeluang memperbaiki kedudukan dengan melakar kemenangan berdepan Jepun hari ini dalam saingan Kumpulan B pada jam 9 malam ini.

Ayuh The Speedy Tigers!

Advertisement

Must Watch Video