Kem hoki negara terpaksa akur menamatkan kempen Hoki Piala Negara-Negara 2025 di tempat keenam selepas tewas 1-2 kepada Wales dalam perlawanan penetuan tempat kelima/keenam di Stadium Hoki Bukit Jalil, sebentar tadi.
Skuad kendalian Sarjit Singh beraksi dengan penuh motivasi dalam misi menamatkan di kedudukan kelima selepas sasaran ke separuh akhir tidak menjadi kenyataan dengan corak permainan yang berhati-hati.
Disebalik struktur bertahan yang kompak, skuad negara mencIpta gerakan berbahaya di suku pertama khususnya pada minit kelima apabila tolakan Azrai Aizad Abu Kamal jauh tersasar meskipun berada dalam kawasan bahaya Wales.
Kem negara sekali lagi memiliki peluang terbaik di penghujung suku pertama, namun Akhimullah Anuar Esook gagal menolak masuk bola dan situasi itu mendatang keresahan buat Sarjit Singh.
Pencarian gol pembukaan perlawanan akhirnya kunjung tiba buat skuad negara apabila percubaan kedua Syed Syafiq Syed Cholan memberikan kelebihan tipis sehingga tamat babak pertama.
Bersambung baki perlawanan menyaksikan Wales puka memperkasakan asakan dan memaksa pertahanan negara kekal disiplin sepanjang suku ketiga.
Namun, kealpaan pertahanan negara dalam memberikan ruang buat penjaring terbanyak wales pada kejohanan ini iaitu Jack Pritchard menyamakan kedudukan dan menewaskan Hafizuddin Othman untuk kedudukan menjadi 1-1.
Dlam suku terakhir pula giliran Gareth Furlong pula menggandakan jaringan menerusi pukulan sudut penalti dengan keputusan itu kekal hingga wisel penamat meskipun ada jaringan tambahan daripada Malaysia pada minit akhir, namun dinafikan pengadil perlawanan.