Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Skuad negara capai sasaran -- Arul Selvaraj

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-piala-negara-negara.jpeg
Kejayaan skuad hoki negara mencapai sasaran yang diletakkan terhadap mereka dalam Kejohanan Piala Negara-Negara -- susulan kemaraan ke separuh akhir menewaskan Jepun 5-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Detik bersejarah buat skuad muda meningkat naik negara kendalian Arul Selvaraj itu tidak mudah untuk dijelmakan selepas langkah kiri saingan tewas kepada Korea Selatan.

Sebelum bangkit pada saat akhir untuk mengecewakan Kanada dalam aksi lima gol yang memihak The Speedy Tigers dan dikesempatan itu, Arul menitikberatkan kepentingan staf kejurulatihan dalam melakukan analisa kekuatan pasukan sebagai detik kejayaan skuad negara.

Ireland muncul halangan seterusnya buat skuad negara di peringkat separuh akhir dan diharapkan pemain-pemain negara berupaya untuk mengekalkan momentum positif itu pada aksi berikutnya.

"Kami telah mencapai sasaran ke separuh akhir, ia merupakan pencapaian yang tinggi. Pemain-pemain telah menghadirkan permainan yang terbaik menginginkan kemenangan," kata Arul menerusi Nadi Arena.

Bekas pemain hoki negara, Mohd Fitri Saari turut berkongsi pandangan terhadap peluang skuad negara mengatasi Ireland di aksi separuh akhir Piala Negara-Negara FIH esok.

Fitri percaya skuad negara mampu muncul juara memandangkan prestasi yang cemerlang selain kedudukan Malaysia di ranking dunia.

"Malaysia menghadirkan prestasi terbaik ketika ini. Berdasarkan ranking, Malaysia memiliki peluang terbaik untuk begelar juara, jika mereka mengulangi persembahan ketika bertemu Jepun, mereka mampu ke final sekaligus muncul juara," kata Fitri.

Advertisement

Must Watch Video