HOKI

Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia gagal pertahan kelebihan ketika seri dengan Pakistan

31/05/2024 | 11:44 MYT
Malaysia gagal mengekalkan kelebihan apabila terpaksa menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 4-4 dalam saingan Kejohanan FIH Piala Negara-Negara (Nations Cup) 2023-2024 di Gniezno, Poland sebentar tadi.
Malaysia menampilkan semangat luar biasa dalam separuh masa pertama, apabila berjaya meledak tiga jaringan tanpa balas -- bermula menerusi penalti strok yang dilengkapkan Fitri Saari pada minit keempat sebelum gerakan cemerlang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menambah jaringan tiga minit kemudian (FG).
Gol ketiga terhasil menerusi Faizal Saari yang memastikan Malaysia mendahui tiga jaringan tanpa balas dalam separuh masa pertama.
Abdul Rehman menjaringkan gol buat Pakistan pada minit ke-31 sebelum Fitri Saari memastikan Malaysia kekal di hadapan 10 minit kemudian.
Bagaimanapun seminit kemudian menjadi titik kebangkitan buat Pakistan, yang meledak tiga gol bermula menerusi Sufyan Khan, Hannan Shahid dan Abu Mahmood memastikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan 4-4.
#Hoki
;