Penjaga gol hoki negara, Hafizuddin Othman, merupakan antara toggak yang akan membawa cabaran negara dalam kempen Piala Negara-Negara selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu yang dialaminya sejak tahun lalu.
Hafizuddin melalui kempen 2025 yang cemerlang selepas membantu Terengganu Hockey Team (THT) meraih kejuaraan treble, sebelum beraksi bersama skuad negara dalam Jelajah Australia serta Korea Selatan.
Dengan berbekalkan penggalaman beraksi bertemu Pakistan, New Zealand dan Jepun dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah tahun lalu, Hafizuddin tekad untuk kembali menjadi benteng ampuh The Speedy Tigers.
Penjaga gol berusia 32 tahun itu sedang berguru dengan S. Kumar dan bekas pemain terkemuka dunia dari Pakistan, Sohail Abbas, yang kini berkhidmat selaku jurulatih pukulan sudut penalti kem negara.
"Kadang-kala flicker kita tidak boleh jangkakan, Pakistan ada flicker dan bermain di liga kita. Kita ada peluang lihat permainan dia.
"Serangan balas Pakistan sangat laju, selaku penjaga gol tekanan agak tinggi, saya akan buat yang terbaik." katanya.