Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Fitri Saari mahu buktikan 'gandingan tersisih' mampu tunjangi The Speedy Tigers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fitri.jpg
'Gandingan disisihkan' kembali menjadi taruhan skuad hoki negara menjelang kempen Piala Negara-Negara FIH di Kuala Lumpur bermula 15 Jun depan.

Dua pemain yang tiada dalam perancangan skuad negara sejak tiga tahun lalu, Fitri Saari dan Akhimullah Anuar yang menjadi tunjang utama The Speedy Tigers selepas kembali mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Sarjit Singh.

Meskipun khidmat Fitri Saari dipanggil di penghujung kepimpinan jurulatih terdahulu, Arul Selvaraj, namun kudrat perancang tengah itu sekadar pemain sokongan.

Pasca peralihan ketua jurulatih, fitri dan Akhimullah kembali disatukan di peringkat antarabangsa selepas jalinan kerjasama kedua dua pemain itu berjaya membantu Terengganu Hockey Team (THT) meraih kejuaraan treble Liga Hoki Malaysia (LHM) yang lalu.

Fitri dan Akhimullah kekal dalam skuad negara bagi jelajah Korea Selatan dan dijangkakan menjadi taruhan utama untuk merealisasikan misi layak ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara FIH di laman sendiri nanti.

"Bagi saya dia ada bakat untuk ganti Faizal Saari, saya harap dia dapat buktikan kepada jurulatih dan semua pemain dia layak gantikan tempat Faizal.

"Dia miliki semua seperti kelajuan dan teknik, cuma ketika perlawanan antarabangsa kita perlukan khidmatnyanya lebih. Kami jarang beraksi bersama dalam pasukan kebangsaan, saya harap kami dapat beri aksi terbaik.

"Kombinasi sama dengan dia amat baik selepas hampir lapan tahun bersama, saya harapn pengalaman kami dapat bantu skuad negara. 

"Gandingan yang disisihkan ini saya nak buktikan kepada pemain dan jurulatih sepatutnya saya dan Akhim memang patut (ada dalam skuad), dan dapat beri keputusan yang lebih baik." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video