HOKI

Hoki Piala Negara-Negara FIH: Malaysia tuan rumah edisi 2024/25

Stadium Astro
Saufi Tahir
24/02/2025
09:05 MYT
Sponsor Banner
Hoki Piala Negara-Negara FIH: Malaysia tuan rumah edisi 2024/25
Malaysia secara rasminya akan menjadi tuan rumah bagi edisi ketiga Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara (FIH) 2024/25 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Jun ini.
Kejohanan yang dilancarkan pada 2021 itu sebelum ini berlangsung di Afrika Selatan selaku tuan rumah pada dua edisi pertama sebelum Poland pada tahun lalu.
Dalam pada itu, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal, berasa teruja untuk menganjurkan kejohanan berprestij itu di Malaysia.
"KHM berasa gembira dan bertuah menjadi tuan rumah Piala Negara-Negara (FIH) 2024/25 di Kuala Lumpur.
"Kami berterima kasih kepad FIH atas kepercayaan kepada kami untuik menganjurkan acara menakjubkan ini buat pertama kali.
"Kami teruja dan percaya kejohanan ini pasti akan membawa bakat-bakat hoki dunia ke Malaysia. Kmai ini mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia Dann Sukan (KBS), Hannah Yeoh, kerana menyokong usaha kami untuk mengajurkan kejohanan ini." katanya.
Berikut merupakan negara yang akan turut serta:
1.France
2. Japan
3. Korea
4. Malaysia
5. New Zealand
6. Pakistan
7. Afrika Selatan
8. Wales
Untuk rekod, kejohanan itu akan berlangsung selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Jun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video