Bagaikan kelahiran semula, itu perincian perjalanan karier penyerang hoki negara, Akhimullah Anuar Esook, apabila khidmatnya terus menjadi sandaran Sarjit Singh menjelang pertemuan terakhir peringkat Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara 2025 menentang Jepun malam ini.
Akhimullah dan Sarjit memiliki jalinan keserasian 'istimewa' atas faktor itu sendiri dengan dia yang mesra disapa Black tidak rela melihat pengendali The Speedy Tigers itu terus dikecam ekoran masih kemarau kemenangan selepas dua perlawanan.
Karier Akhimullah bersama skuad negara kembali menyinar sejak Sarjit kembali membimbing skuad negara Mac tahun lalu.
Sebelum era kepimpinan Sarjit, Akhimullah tidak mempunyai peluang untuk beraksi sehingga terpaksa bersama skuad hoki 5s negara kendalian Wallace Tan.
Akhimullah tidak pernah patah semangat, sebaliknya berjaya mencetuskan impak dalam mengemudi skuad negara muncul naib juara dunia dan dinobat pemain terbaik Piala Dunia Hoki 5s 2024.
Menambah keterujaan Akhimullah lagi apabila Pakistan tewas kepada New Zealand dan keputusan itu kembali menghidupkan peluang skuad negara bagi mencapai sasaran ke separuh akhir.
Meskipun peluang skuad negara mencapai sasaran untuk ke separuh akhir sudah tertutup ekoran keputusan pada aksi terdahulu membabitkan New Zealand dan Pakistan, namun Akhimullah mempunyai misi peribadi untuk dilunaskan demi membalas budi Sarjit Singh.
"Bagi saya selama empat tahun sebelum ini saya rindu berada dalam skuad, jadi saya harap peluang yang diberikan ini saya dapat membalas kepercayaan semua.
"Aksi malam ini sangat penting untuk ke separuh akhir, ini peluang untuk membalas kepercayaan jurulatih dan pengurusan. Gol saya sebelum ini dapat beri saya motivasi dan saya harap dapat kekalkan momentum." katanya.