Kejohanan yang membuka tirai pada 31 Mei hingga 9 Jun 2024 itu akan menjadi medan ujian kedua buat pasukan negara di mana edisi kedua Nations Cup ini menyaksikan Malaysia diletakkan di dalam Pool B bersama Perancis, Pakistan dan Kanada. Edisi pertama pada 2022, Malaysia telah menamatkan kejohanan di kedudukan keempat.The Speedy Tigers mempertaruh 7 muka baru ke Piala Negara-Negara.
— karlnunis (@_karlnunis) May 20, 2024
PENJAGA GOL
Zaimi Mat Deris
PERTAHANn
Faris Harizan, Kamarulzaman Kamaruddin & Arif Syafie Ishak
TENGAH
Syawal Abd Razak
PENYERANG
Naaveennash Panicker & Nur Rahull Hrsikesa@ASTROARENA pic.twitter.com/enCqkJoihl
Menerusi senarai 20 pemain yang diumumkan, The Speedy Tigers akan menampilkan tujuh pemain yang tidak beraksi di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini, selain enam daripada senarai pemain tersebut akan meraih caps anatarabangsa pertama mereka sekiranya diturunkan.
Penjaga gol, Muhamad Zaimi Mat Deris, tiga pemain pertahanan, (Muhamad Faris Harizan, Muhamad Kamarulzaman Kamaruddin dan Muhammad Arif Syafie Ishak), pemain tengah, (Syawal Abd Razak) serta dua penyerang, (Naaveennash Panicker Thevendran dan Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi), merupakan tujuh pemain yang tidak tersenarai di dalam Skuad Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini.
Seperti edisi lalu, walaupun setiap pasukan dibenarkan untuk membawa 20 pemain dalam Kejohanan Nations Cup, namun hanya 18 pemain akan didaftarkan sebagai pemain utama sementara dua pemain akan diletakkan di dalam keadaan bersiap sedia untuk menggantikan mana-mana pemain sekiranya berlaku sebarang kecederaan.
Jelas Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak, apa yang dituntut daripada 20 pemain yang telah dipilih bagi kejohanan ini adalah agar setiap pemain dapat memberikan aksi yang terbaik selain tidak gentar dengan cabaran yang akan diberikan oleh pasukan-pasukan yang bertanding.
“Kejohanan ini pastinya akan memberikan pengalaman yang lebih mencabar kepada barisan pemain terutamanya enam pemain yang akan meraih caps antarabangsa pertama mereka. Apa yang pasukan ingin lihat daripada pemain-pemain ini adalah keberanian untuk memberikan tentangan serta bermain dengan baik.
“Pemain-pemain ini adalah masa depan Malaysia dan mereka perlu ada rasa tanggungjawab yang tinggi ketika membawa cabaran negara sama ada pemain muda atau yang telah berpengalaman.
“Kami ingin melihat satu kerjasama yang baik antara barisan pemain dan kejurulatihan selain pasukan akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan untuk diberikan perhatian,” jelas Dato’ Ahmad Najmi.
Turut senada dengan Dato’ Ahamd Najmi, ialah Ketua Jurulatih Pasukan Lelaki Kebangsaan, Sarjit Singh yang menyifatkan walaupun tentangan hebat pasti akan dihadapi oleh barisan pemainnya pada kejohanan ini, tetapi cabaran perlu diambil dengan positif.
“Cabaran ini perlu diambil dengan baik oleh barisan pemain serta kami perlu mengharunginya dengan sebaik mungkin bagi melepasi pusingan kumpulan dan seterusnya layak ke separuh akhir. Selain itu pemain juga perlu mempunyai keinginan yang tinggi untuk melepasi peringkat kumpulan.
“Pasukan ini merupakan pasukan projek jangka masa panjang jadi tiada tekanan buat pemain-pemain terutamanya pemain muda yang akan meraih caps antarabangsa pertama mereka.
“Bagaimanapun pemain perlu menonjolkan bakat serta potensi yang mereka miliki ketika beraksi di peringkat antarabangsa.
“Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan pemain ini dapat berkembang dengan secepat mungkin dan membentuk satu pasukan yang terbaik serta mempunyai persefahaman yang baik antara pemain berpengalaman serta pemain muda,” jelas beliau. - MHC