Hoki Piala Negara-Negara 2024: Lima pemain baru dipanggil, Fitri Saari bakal tersisih

Najmi Iman
Mei 15, 2024 20:44 MYT
Selepas Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), beberapa perubahan melibatkan lima pemain akan dilakukan menjelang saingan Piala Negara-Negara 2024 di Poland, hujung bulan ini.
Ini kerana, ia dapat memberi peluang seimbang kepada semua pemain yang tidak dipilih untuk mewakili negara ketika kejohanan PSAS sebelum ini.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, Sarjit Singh, enggan mendedahkan nama pemain tersebut sehingga pengumuman rasmi dibuat sebelum berlepas ke Poland.
Sebagai aksi pemanas badan, skuad negara akan diuji oleh Afrika Selatan dan New Zealand sebelum menghadapi cabaran sebenar nanti.
"Kami akan membuat pertukaran bagi memberi ruang kepada pemain lain dibawa ke Poland untuk bersinar," kata ketua jurulatih, Sarjit Singh ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Sarjit Singh bakal rombak barisan pasukan sebelum hadapi saingan Piala Negara-Negara di Poland#NadiArena #AstroArena #Hoki pic.twitter.com/wVBLCruPlh

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, nama Fitri Saari, belum pasti tersenarai ekoran berdepan kecederaan pada gluteus, yang menyebabkan dia direhatkan semasa sesi latihan skuad hoki negara pada Rabu.
"Saya mengalami sedikit kecederaan namun masih berharap bahawa saya akan kembali perkuat pasukan sambil mendoakan tiada perkara serius berlaku," kata penyerang utama, Fitri Saari.
#Hoki #Piala Negara-Negara 2024