Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Dunia Remaja: Skuad negara fokus elemen keserasian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penyerang-hoki-mohammad-harris-iskandar-osman.jpg
Empat bulan menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2025, skuad muda negara giat melakukan persiapan awal sebelum berlepas ke India, hujung November depan. 

Bagi penyerang muda negara, Mohammad Harris Iskandar Osman, dia dan rakan sepasukan ketika ini masih lagi dalam proses mengenali corak permainan masing-masing dalam mencari titik persefahaman.  

"Kami dalam fasa memantapkan fizikal dan kekuatan menerusi latihan berintensiti tinggi. 

"Saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan mungkin memerlukan beberapa bulan lagi untuk saling memahami antara satu sama lain," katanya. 




Harris Iskandar ingin menggunakan segala pengalaman dalam skuad senior selain turut bersama The Speedy Tigers ke Korea Selatan bagi menjulang skuad remaja pula. 

"Saya akan cuba kongsikan ilmu yang ditimba dalam jelajah Korea Selatan selain bersama pasukan senior bagi membantu ketajaman penyerang," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video