Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Dunia Remaja: Jentera serangan jadi tumpuan utama hadapi baki saingan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amin-rahim.jpg
Malaysia harus memperbaiki aspek pukulan sudut penalti dan corak pertahanannya.

Demikian luahan ketua jurulatih Skuad Projek Khas hoki negara, Amin Rahim, menjelang aksi berdepan Mesir di gelanggang keramat Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, pagi esok bagi klasifikasi tempat kesembilan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja.

Amin menyifatkan motivasi anak buahnya ketika ini sebagai yang terbaik biarpun gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.

"Kami sedia maklum bahawa kami gagal dalam menyudahkan pukulan sudut penalti. 

"Kami mencipta banyak pukulan sudut penalti tapi tidak dapat menghasilkan gol. 




"Kami juga agak gopoh ketika memasuki kawasan D lawan selain daripada struktur pertahanan (yang diperbaiki)," katanya di Bukit Jalil hari ini. 

Bagi kapten skuad negara, Faris Harizan, dia menyahut baik seruan untuk merebut tempat kesembilan. .
 
Biarpun atas kertas rekod memihak pasukan negara, namun dia enggan memandang rendah keupayaan lawan dan hanya fokus perlawanan demi perlawanan.

"Kami akan fokus dalam pemburuan tempat kesembilan hingga ke-11," katanya pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video