Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Asia Wanita: Speedy Tigress belasah Taiwan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

544359691-801284585888756-7269602262200409832-n_5621653_20250907201808.jpg
Skuad hoki wanita negara mencatat kemenangan besar dengan membelasah Taiwan 11-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita, semalam.

Anak-anak buah Mohd Nasihin Nubli Ibrahim turun dengan mempamerkan aksi garang sebaik babak permainan bermula.

Perlawanan yang berlangsung di Gongshu Canal Sports Park di Hangzhou, China itu menyaksikan skuad negara merobek gawang lawan sebanyak empat kali pada suku pertama menerusi Nur Afiqah Syahzani Azhar (minit ke-2), Nuramirah Shakirah Zulkifli (3'), Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin (8') dan Hanis Nadiah Onn (14').

Tiga lagi jaringan berjaya diperolehi oleh Speedy Tigress di suku kedua, kali ini menerusi jaringan padang Nuramirah Shakirah Zulkifli disusuli Shafika Mahd Sukri (21') dan Nur Afiqah Syahzani (23') menerusi pukulan sudut penalti.






Empat lagi gol hadir di babak kedua menerusi jaringan Khairunnisa Ayuni (32'), Siti Nur Arfah Mohd Nor (36', 56') dan Nur Afiqah Syahzani (60').

Gol saguhati Taiwan pula disumbangkan oleh Huang Yu-Ting pada minit ke-59 menerusi pukulan penalti strok di minit ke-59.

Perjuangan Malaysia akan diteruskan lagi esok dalam aksi terakhir menentang Korea Selatan.

Advertisement

Must Watch Video